Pakistan akan bebaskan juruterbang India sebagai isyarat damai


Perdana Menteri Imran Khan berkata demikian di parlimen Pakistan hari ini susulan ketegangan kian memuncak antara kedua-dua negara. – Gambar EPA, 28 Februari, 2019

PAKISTAN akan membebaskan juruterbang India yang ditawan pada Jumaat, kata Perdana Menteri Imran Khan kepada parlimen ketika ketegangan kian memuncak antara dua negara kuasa nuklear itu.

“Sebagai tanda damai, kami akan bebaskan juruterbang India esok,” katanya sehari selepas Komander Udara Abhinandan Varthaman ditembak jatuh di wilayah Kashmir.

Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam konflik antara kedua-dua negara yang kian memuncak. Negara kuasa besar dunia yang lain termasuk China, Amerika Syarikat dan PBB menggesa sekatan.

Ia mencetuskan kebimbangan yang mana India dan Pakistan sudah melalui dua peperangan yang menyebabkan jumlah kematian besar berhubung konflik Kashmir. – AFP, 28 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen