ISRAEL menolak hasil siasatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada Khamis berhubung tindak balas tenteranya pada pergolakan di Gaza yang bermula pada Mac tahun lalu.
Rejim zionis itu turut menyifatkan laporan berkenaan sebagai “bermusuhan, pembohongan dan berat sebelah.”
“Israel menolak laporan berkenaan,” kata Menteri Luarnya Israel Katz dalam satu kenyataan selepas siasatan mendapati tentera rejim melakukan jenayah kemanusiaan.
“Tiada siapa yang boleh menafikan hak Israel untuk pertahankan diri dan tugasnya untuk mempertahankan penduduk dan sempadan daripada serangan ganas.” – AFP, 28 Februari, 2019
Komen