PAKISTAN sedia untuk membebaskan juruterbang India sekiranya ia membawa kepada pengurangan ketegangan yang kian memuncak susulan tindakan India yang mencetuskan konflik antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu, kata kementerian luarnya pada Khamis.
“Kita sedia untuk membebaskan juruterbang India itu sekiranya ia boeh membawa kepada pengurangan ketegangan,” kata jurucakap kementerian luar Mohammad Faisal kepada AFP, yang membaca kenyataan Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi.
Beliau berkata demikian sehari selepas pesawat yang dinaiki juruterbang berkenaan, Komander Udara Abhinandan Varthaman, ditembak jatuh di Kashmir.
Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam konflik antara kedua-dua negara yang kian memuncak. Negara kuasa besar dunia yang lain termasuk China, Amerika Syarikat dan PBB menggesa sekatan.
Ia mencetuskan kebimbangan yang mana India dan Pakistan sudah melalui dua peperangan yang menyebabkan jumlah kematian besar berhubung konflik Kashmir. – AFP, 28 Februari, 2019
Komen