DR Mahathir Mohamad menggesa kerajaan negeri Johor memberi tekanan kepada Singapura dalam isu perjanjian bekalan air untuk meraih hasil lebih tinggi untuk bekalan tersebut.
Beliau berkata Johor mempunyai kelebihan kerana kedudukannya bersebelahan dengan Singapura namun tidak menggunakan manfaat itu sepenuhnya.
Katanya tidak masuk akal apabila sebuah negara kaya seperti Singapura masih membeli air dari Malaysia dengan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.
“Ini perlu diperjuangkan kita. Negara yang kaya (Singapura) beli air dari negara miskin dengan harga tak berpatutan.
“Kalau kita cekap kita beritahu semua ini bayaran tidak adil dan munasabah. Mereka (Singapura) tumbuh pesat sebab kita bekalkan air,” katanya.
Beliau menggesa demikian dalam ucapan semasa sesi pemukiman kerajaan negeri Johor di Putrajaya hari ini. – 28 Februari, 2019
MENYUSUL
Komen