Hartanah dijual selaras dengan strategi penjanaan nilai, kata TM


Ragananthini Vethasalam

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) yang meletakkan dua hartanah jualan melalui proses tender berkata, cadangan pelupusan itu selaras dengan strateginya untuk mewujudkan nilai jangka panjang bagi pemegang sahamnya.

Dalam satu kenyataan TM berkata sebagai tindak balas kepada pertanyaan media, pihaknya akan terus meneroka pilihan bagi membuka nilai termasuk penjualan aset bukan teras seperti tanah dan bangunan.

“Penjualan aset ini selaras dengan strategi kami mewujudkan nilai jangka panjang bagi pemegang saham dengan mengukuhkan kunci kira-kira dan memfokuskan lagi portfolio kami.

“Kami tidak dapat memberi komen lanjut mengenainya kerana proses tender masih berterusan,” katanya.

Pelupusan dokumen tender untuk pelupusan menara pejabat Annexe 1 dan Annexe 2 dibuka pada 14 Februari.

Mengikut notis tender yang dimuat naik di laman webnya, tarikh akhir penyerahan dokumen tender lengkap ialah pada 29 Mac.

The Edge dalam laporannya memetik seorang pegawai TM berkata, julat harga rizab bagi hartanah adalah antara RM273.4 juta dan RM312 juta.

Pembeli mempunyai banyak pilihan membeli bangunan tanpa penyewa atau dengan perjanjian penyewaan. – 28 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen