AS musnahkan dinding sempadan Trump


Lapan prototaip dinding sempadan antara Mexico dan Amerika Syarikat dimusnahkan. - Gambar EPA, 28 Februari 2019.

DINDING sempadan antara Amerika Syarikat dengan Mexico belum pun lagi dibina semalam namun pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sudah pun memusnahkan prototaip yang dibina di California 16 bulan lalu.

Lapan model konkrit dan keluli yang diumumkan pada Oktober 2017 dengan kos lebih RM1.2 juta dibina di pinggir San Diego di sempadan Tijuana, Mexico.

Trump sendiri memeriksa model bersaiz sembilan meter yang didirikan secara bersebelahan ketika beliau melawat California Mac tahun lepas.

Beliau berkata sempadan itu diperlukan bagi menghalang pendatang tanpa izin, kumpulan penjenayah dan pengedar dadah.

Prototaip yang dibina untuk ujian dan penilaian dan sudah disiapkan, kata seorang pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan. – AFP, 28 Februari, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen