Tujuan tribunal bukan hanya mengenai penyingkiran anggota SPR, kata Thomas


Bede Hong

Peguam Negara Tommy Thomas berkata penemuan tribunal yang menyiasat salah laku pesuruhjaya SPR akan membuka jalan kepada undang-undang pembaharuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Februari, 2019.

PEGUAM Negara Tommy Thomas berkata tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku oleh bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti diteruskan kerana penemuannya akan membuka jalan kepada undang-undang pembaharuan dan menjadi duluan bagi pesuruhjaya akan datang.

Thomas menggesa tribunal lima anggota yang terdiri daripada bekas hakim mahkamah persekutuan agar mengabaikan dakwaan bekas peguam pembantu M Puravalen yang hasil penemuan tribunal mungkin akademik memandangkan enam anggota SPR yang berkaitan sudah meletakkan jawatan.

Thomas berkata penemuan tribunal juga boleh mengesyorkan agar bayaran ganjaran disekat kepada bekas anggota SPR jika terbukti salah laku.

Thomas menegaskan hujah peguam persekutuan daripada Jabatan Peguam Negara Kogilambigai Muthusamy semasa pendengaran pertama tribunal pada 28 Januari bahawa prosiding itu perlu diteruskan kerana apa yang sedang diselidiki adalah integriti SPR dan ia adalah perlu untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem pilihan raya memandangkan impaknya adalah terhadap pilihan raya akan datang.

Puravalen disingkir sebagai pegawai pengurus beberapa hari selepas pendengaran pertama.

Steve Shim mengetuai tribunal enam orang panel yang termasuk Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Prasad Sandosham Abraham.

Enam bekas anggota SPR - Othman Mahmood, Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Bala Singam Karupiah dan Leo Chong Cheong - hadir di ibu pejabat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kedua tribunal. Mereka tidak bercakap dengan media. – 28 Februari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen