RIBUAN pelancong terkandas di Bangkok pada Khamis apabila Thai Airways membatalkan semua penerbangan ke Pakistan selepas Islamabad menutup ruang udara akibat ketegangan yang berlaku di India.
Hampir 30 penerbangan meliputi laluan Eropah terjejas dengan tiga pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sementara yang lain dibatalkan dan dijadualkan semula.
Gangguan penerbangan itu turut melibatkan seluruh rantau ini apabila penerbangan biasa Singapura ke Eropah juga terpaksa dilakukan pada Rabu sementara penerbangan ke Frankfurt dibatalkan.
Pembatalan itu berlaku akibat krisis di antara Pakistan dan India yang menimbulkan ketakutan akan berlakunya peperangan besar.
Pakistan mengakui sudah menembak jatuh dua pesawt Tentera Udara India di ruang udaranya dan memaklumkan hanya seorang juruterbang India ditangkap.
India berkata pasukannya juga menembak jet pejuang Pakistan ketika mereka secara tiba-tiba menutup ruang udaranya.
Thai Airways berkata, hampir 5,000 penumpang terperangkap dan mereka sedang berusaha mencari laluan baharu ke Eropah apabila Iran turut menolak permintaan untuk menggunakan ruang udara mereka.
Namun beberapa jam kemudian China memberikan kebenaran kepada Thai Airways untuk melalui ruang udara Pakistan, kata Naib Presiden Thai Airways Pratana Patanasiri.
“Penerbangan ke Eropah juga disambung semula pada Khamis malam,” katanya.
Penutupan ruang udara Pakistan menyebabkan ribuan penumpang terkandas.
Pelancong Jerma, Gerda Heinzel berkata dia menunggu di lapangan terbang itu hampir 11 hingga 12 jam.
“Kami tidak diberi apa-apa makanan dan tempat tinggal. Tiada kakitangan yang boleh berbahasa Jerman dengan kami,” katanya yang baru pulang bercuti di Phuket. – AFP, 28 Februari, 2019.
Komen