Pulau Pinang berharap mulakan projek pengangkutan mega pada Ogos


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerja-kerja terakhir Pakej 2 sedang disiapkan dan kerajaan berharap kerja pembinaan boleh bermula pada Ogos. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2019.

PULAU Pinang berharap memulakan projek jalan raya pertama di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) Ogos depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Lebuh Raya Pintasan Tun Dr Lim Chong Eu- Ayer Itam, juga dikenali sebagai Pakej 2, adalah sebahagian daripada projek terowong bawah laut dan tiga jalan raya utama dibangunkan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC).

“Masih ada beberapa kerja saat akhir yang perlu disiapkan sekarang hingga April, harap-harapnya (siap).

“Ia termasuklah reka bentuk akhir, perolehan tanah persendirian dan persekutuan sebelum kerja (bermula) atau perjanjian pembinaan yang boleh ditandatangani kerajaan negeri dan konsortium.

“Jika ini boleh disiapkan, projek pertama akan bermula pada Ogos,” kata Chow ketika diwawancara program Breakfast Grille siaran stesyen radio BFM pagi tadi.

Projek dibangunkan Zenith yang bernilai RM6.3 bilion itu adalah sebahagian PTMP yang termasuklah Pintasan Tanjung Bungah-Teluk Bahang (Pakej 1) dan Pintasan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu- Persiaran Gurney (Pakej 3), selain terowong bawah laut.

Chow berkata reka bentuk akhir untuk Pakej 1 masih dilakukan, dan Zenith sudah diminta “menangguhkan” Pakej 3. – 28 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen