DANA pelaburan negara Norway, yang terbesar di dunia, rugi 485 bilion kroner (RM232 bilion) tahun lepas, kata bank pusat negara itu semalam.
Bank tersebut yang menguruskan dana itu menyalahkan kejatuhan sebanyak 6.1%- kedua terbesar tahunan- kerana pasaran saham yang tidak stabil.
“Walaupun prestasi lemah pada 2018, pulangan jangka panjang adalah baik dan lebih tinggi berbanding dengan pulangan indeks tanda aras,” kata Gabenor Bank Oystein Olsen.
Pelaburan ekuiti, yang mewakili 66% portfolio dana, jatuh 9.5%. Pelaburan pendapatan tetap pula jatuh 0.6%, sementara pelaburan hartanah tak tersenarai naik 7.5%.
Dana Pencen Global Kerajaan pula menyaksikan kejatuhan nilai kepada 2.5 trilion kroner pada hujung tahun lepas berbanding 8.48 trilion pada 2017, menguruskan pendapatan minyak Norway bagi membolehkan pentadbiran negara berkebajikan Norway terus dijalankan jika sumber minyak dan gasnya habis. – AFP, 28 Februari, 2019.
Komen