Pengundi Semenyih jangan terpedaya dengan 'Bossku', kata Azmin


Noel Achariam

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali berkata pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri sebelum ini menyebabkan negara menanggung hutang besar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 28 Februari, 2019.

PENGUNDI Semenyih jangan sampai dengan Bossku dan agenda Umno ketika hanya tinggal 48 jam saja lagi sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil itu berlangsung, kata Mohamad Azmin Ali.

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata sejak tempoh kempen bermula, Umno menyebarkan pelbagai tipu daya untuk memikat pengundi Semenyih.

“Propaganda yang mereka sebarkan ialah Pakatan Harapan (PH) dikawal oleh DAP.

“Ini sudah melampau. Umno masih memainkan sentimen kaum,” katanya pada program ceramah di in Kampung Runching.

Azmin berkata pada pilihan raya umum lalu, rakyat menolak Umno kerana mereka pencuri dan rasis.

“Ketika kami ambil alih negara ini berhutang RM1 trilion. Bukan kami yang berhutang, tapi Bossku.

“Mereka yang berhutang tetapi kami yang terpaksa bayar. Bagaimana boleh rakyat sokong mereka.”

Bekas perdana menteri Najib Razak membuat penampilan dalam kempen PRK Semenyih sejak minggu lalu.

Beliau pergi ke sana sini memberi ceramah dan bergambar selfie bersama rakyat.

“Bossku” ialah nama samaran diberikan kepada Najib oleh penyokongnya.

Azmin berkata rakyat Semenyih tidak sepatutnya terpengaruh dengan Najib kerana dia hanya mahu mencari simpati.

“Sebelum ini dia tidak datang pun sini, tetapi bila pilihan raya dia ada di sini. Semua masalah yang dihadapi negara ini berpunca daripada kesalahannya tetapi kita yang terpaksa tanggung beban itu.”

Azmin berkata Umno boleh datang dan berkempen di sini dan itu bukan satu masalah, tetapi pengundi tidak boleh terpengaruh dengan propaganda dan penipuan mereka.

“Mereka mahu pecahkan perpaduan yang ada di Selangor. Kami mahu menyampaikan mesej ini kepada Najib dan pasukannya, bahawa kami bersatu.

“Kita tidak ada banyak masa lagi jadi saya merayu pada rakyat untuk kekal kuat dan berpegang pada prinsip mereka, dan terus mengundi untuk Pakatan.” – 28 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen