MEDIA Pakistan menyiarkan video menunjukkan juruterbang jet pejuang India ditawan selepas pesawatnya ditembak jatuh ketika memasuki ruang udara Pakistan di Kashmir.
Dua sumber pasukan keselamatan Pakistan mengesahkan kepada AFP video berkenaan adalah tulen.
Ia memaparkan seorang lelaki lengkap beruniform tentera udara dengan mata ditutup dan muka berlumuran darah ketika disoal siasat tentera.
Lelaki terbabit yang mendedahkan nama, pangkat dan nombor siri tentera ketika dipaksa memberikan maklumat berkata, “Saya tak sepatut beritahu kamu.”
Dalam satu gambar, yang turut disahkan oleh sumber pasukan keselamatan, juruterbang berkenaan diiringi oleh anggota tentera Pakistan.
Pihak tentera Pakistan kemudian menyiarkan video kedua memaparkan lelaki yang sama sedang duduk di sebuah bilik dan meminum secawan teh.
“Teh ini sedap,” katanya dalam bahasa Inggeris, dan menambah dia sudah berkahwin dan dilayan dengan baik, namun dengan sopan menolak ketika idtanya maklumat lebih lanjut.
Pakistan dan India mendakwa mereka menembak pesawat pejuang satu sama lain ketika ketegangan semakin memuncak antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu. – AFP, 27 Februari, 2019
Komen