Maduro 'tak berniat' untuk berunding, kata PM Sepanyol 


Pemimpin Venezuela Nicolas Maduro tetap pertahankan kedudukannya walau menerima tekanan negara luar. – Gambar EPA, 27 Februari, 2019

PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata, pemimpin Venezuela Nicolas Maduro “tiada niat untuk berunding” namun menolak sebarang campur tangan tentera asing di negara itu.

Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin pembangkang Venzuela Juan Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden interim dan diiktiraf 50 negara termasuk Sepanyol, secara terbuka menentang Maduro dengan cuba membawa bantuan kemanusiaan.

Maduro “tiada niat untuk berunding” dan menggunakan mediasi antara kerajaannya dengan pembangkang sebagai “alat untuk kekal berkuasa,” kata Sanchez di parlimen.

Beliau “tidak mahu rundingan yang telus,” kata pemimpin sosialis Sepanyol itu yang sebelum ini mengiktiraf Guaido sebagai pemimpin interim Venezuela.

Menurut Sabchez, pilihan raya presiden Venezuela pada Mei 2018 yang dibpikot oleh pembangkang “tidak telus dan adil, dan Nicolas Maduro tiada legitimasi demokratik.”

Namun, Sanchez menolak sebarang campur tangan ketenteraan asing bagi menumbangkan Maduro. – AFP, 27 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen