MENTERI pelancongan Nepal Rabindra Adhikari merupakan antara tujuh yang terbunuh dalam nahas helikopter di kawasan pergunungan negara itu, kata pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat Adhikari, 49, juruterbang dan lima lagi penunpang lain daripada kawasan pergunungan di daerah Taplejung yang mana helikopter Air Dynasty terhempas.
“Mayat menteri berkenaan telah dikenal pasti,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Ram Krishna Subedi pada satu sidang media.
Subedi berkata, dua helikopter telah dihantar ke lokasi bagi membawa pulang mayat menteri terbabit ke Kathmandu.
Punca kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.
Pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke kawasan berkenaan selepas penduduk tempatan melaporkan kepada pihak berkuasa terdapat api dan kepulan asap di kawasan pergunungan berkenaan.
“Helikopter terbabit berkecai dan serpihannya bertaburan,” kata saksi Suraj Bhattarai yang melihat kejadian itu.
Mayat mangsa yang lain masih belum dikenal pasti. – AFP, 27 Februari, 2019
Komen