POLIS Israel bertindak menahan pegawai kanan Palestin selepas kekecohan di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.
Gabenor Palestin di Baitulmaqdis, Adnan Gheith merupakan antara 22 rakyat Palestin yang ditahan dalam serbuan di timur Baitulmaqdis, kata agensi berita Palestin Wafa.
Polis rejim zionis berkata, penahanan itu termasuk seorang pegawai pihak berkuasa Palestin kerana disyaki terlibat dalam penipuan dan pemalsuan.
Menurut jurucakap polis Micky Rosenfeld memberitau AFP, mereka juga ditahan berkaitan insiden di Haram al-Sharif, iaitu kawasan suci yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock.
Kesemua suspek kini sedang disoal siasat, kata Rosenfeld tanpa memberikan butiran lanjut.
Risiko ditahan meningkatkan lagi ketegangan di kawasan suci umat Islam itu.
Berlaku pertempuran baru-baru ini antara umat Islam dan polis Israel berhubung akses ke kawasan yang ditutup oleh Israel sejak 2003. – AFP, 27 Februari, 2019
Komen