Polis Sweden tahan suspek perisik Rusia


Pihak berkuasa Sweden memberi amaran terhadap ancaman perisikan Rusia sejak Julai lalu. – Gambar EPA, 27 Februari, 2019

PEKERJA teknologi yang disyaki perisik Rusia ditahan di Stockholm, kata pihak berkuasa negara itu pada Rabu. 

Individu terbabit dipercayai direkrut sebagai ejen oleh pegawai perisikan Rusia yang menyamar sebagai duta di Sweden,” kata ketua bahagian perisikan Sweden Daniel Stenling.

Suspek berkerja dalam bahagian “teknologi tinggi” dan memiliki akses kepada “maklumat yang penting kepada agensi perisikan asing”, kata pejabat pendawa raya dan perkhidmatan keselamatan Sweden dalam satu kenyataan. 

Polis turut menahan individu kedua dalam operasi pada Selasa, yang kemudian dibebaskan selepas mendapat imuniti diplomatik, lapor agensi berita Sweden, Expressen. 

Julai lalu, pihak berkuasa memberi amaran berhubung “ancaman besar daripada perisik asing”.

“Rusia merupakan ancaman terbesar kepada perisikan Sweden,” kata Stenling ketika itu. – AFP, 27 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen