INDIA hari ini mahu mengelak krisis berlanjutan dengan Pakistan selepas serangan udara terhadap kem militant di negara terbabit, semalam.
Pencerobohan merentasi garis gencatan senjata yang membahagikan Kashmir itu susulan ugutan membalas atas kejadian pengeboman berani mati pada 14 Februari lalu yang membunuh 40 tentera India yang diakui dilakukan kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang berpangkalan di Pakistan.
Menteri Luar India, Sushma Swaraj menegaskan kepada Beijing dan Moscow dalam pertemuan di China bahawa tiada kemudahan ketenteraan yang disasarkan dalam serangan udara tersebut.
Katanya, sasaran dipilih bagi mengelakkan kecederaan awam dan keputusan melancarkan serangan tersebut kerana penolakan berterusan Pakistan untuk bertindak terhadap kumpulan militan di wilayahnya.
“Berdasarkan maklumat boleh dipercayai JeM merancang melakukan serangan lain di India. Objektif khusus kita untuk memusnahkan infrastruktur JeM bagi mengelakkan serangan lain di India.
“India tidak mahu melihat ketegangan ini berterusan. India akan terus bertanggungjawab,” katanya. – AFP, 27 Februari, 2019.
Komen