8 cedera bom meletup di Barat Myanmar 


Anggota pasukan keselamatan Myanmar memeriksa kawasan letupan bom yang menyebabkan lapan orang cedera. – Gambar EPA, 27 Februari, 2019

LAPAN orang cedera dalam kejadian letupan bom di perbandaran Kyaukphyu di Rakhine, Myanmar, lapor agensi berita Xinhua memetik polis tempatan pada Rabu.

Letupan berlaku di kompleks pejabat Jabatan Pentadbiran Awam di bandar Kyaukphyu pada Selasa.

Siasatan mendapati bom itu ditanam di belakang pejabat berkenaan dan meletup ketika petugas sedang menjalankan aktiviti pembersihan. – Bernama, 27 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen