Pakistan tembak 2 pesawat India


Dua pesawat Tentera Udara India ditembak jatuh oleh Pakistan pada Rabu lalu. – Gambar AFP, 27 Februari, 2019.

PAKISTAN menembak jatuh dua pesawat Tentera Udara India di ruang udara Kashmir pada Rabu lalu, kata jurucakap tentera sambil menambah seorang juruterbang India turut ditangkap.

Jurucakap ketenteraan Major General Asif Ghafoor berkata, PAF menembak dua pesawat India di dalam ruang udara Pakistan.

“Satu pesawat jatuh di Pakistan manakala satu lagi jatuh di sebelah India.

“Seorang juruterbang India ditangkap oleh tentera di lapangan terbang,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Sumber berkata, jet pejuang Pakistan melanggar ruang udara Kashmir, India dan dipaksa kembali ke sempadan wilayah pertikaian itu.

Seorang pegawai kerajaan tertinggi di Kashmir yang dikendalikan India memberitahu AFP, jet Pakistan menyeberang sempadan tetapi ditolak oleh Tentera Udara India.

The Press Trust of India melaporkan pesawat pejuang Pakistan menyeberang Poonch dan Nowshera yang merupakan dua lokasi di sempadan India.

Tambahnya, Pakistan menurunkan bom sewaktu berpatah balik tetapi tidak ada laporan berkenaan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Pejabat asing Pakistan juga mengeluarkan satu kenyataan mengatakan angkatan udara melakukan mogok merentasi sempadan yang dikenali sebagai ‘Line of Control’ pada Rabu lalu namun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan serangan berkenaan. – AFP, 27 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen