Mahkamah Tinggi putuskan saman Anwar berhubung Akta MKN pada 14 Mac


Bede Hong

Peguam Gopal Sri Ram yang mewakili Presiden PKR Anwar Ibrahim dilihat di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 Februari, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Mac bagi memutuskan sama ada ia atau Mahkamah Persekutuan akan mendengar saman pemula yang difailkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk mencabar Perlembagaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Hakim Nordin Hassan menetapkan tarikh di kamar semasa pengurusan kes hari ini, yang menyaksikan pihak terlibat memfailkan penyerahan bertulis mereka.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah peguam Anwar, Gopal Sri Ram dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili MKN dan kerajaan.

“Peguam kanan persekutuan dan saya bersetuju untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan terhadap Perlembagaan bagi tindakan meminda yang secara progesif membuang syarat bagi persetujuan diraja,” kata Sri Ram kepada pemberita di luar mahkamah.

“Hakim memutuskan untuk meluangkan waktu meneliti semua soalan dan melihat sama ada beliau akan merujuknya dalam bentuk kes khas atau apakah perlu memindanya atau mendengar pertanyaan itu sendiri tanpa keperluan membuat rujukan.

“Itu adalah mengikut budi bicara beliau. Tiada kewajiban hakim untuk secara automatik merujuk (perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan),” tambah Sri Ram. – 27 Februari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen