Projek tambakan PSR tiada kepentingan rakyat, kata Penang Forum


Looi Sue-Chern

NGO Penang Forum membidas rancangan kerajaan menambak kawasan laut di selatan pulau tersebut untuk dijadikan kawasan pembangunan baharu seperti Marina Bay di Singapura.

Jurucakap Penang Forum Khoo Salma Nasution berkata pembangunan yang dicadangkan di selatan Pulau Pinang tidak akan memberi kesan kepada rakyat biasa.

Menurutnya, dia ragu-ragu bagaimana PSR boleh menjadi kawasan yang mampu dimiliki sekiranya Marina Bay menjadi penanda aras.

Marina Bay adalah kawasan kediaman mewah dan turut mempersoalkan jika pembangunan yang dicadangkan di Pulau Pinang disasarkan kepada penduduk tempatan atau warga asing.

PSR melibatkan pemuliharaan tiga pulau buatan manusia dari pantai selatan Pulau Pinang.

Ia juga model kewangan bagi projek besar lain di Pulau Pinang, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Projek PSR dilaksanakan oleh Konsortium SRS yang diketuai Gamuda, salah sebuah syarikat infrastruktur terbesar di Malaysia.

SRS juga rakan pelaksana PTMP untuk melihat beberapa komponen jalan dan relnya.

Timbalan Pengarah Urusan Antarabangsa Gamuda Bhd Rashdan Yusof berkata, PSR akan menjadi hab ekonomi hebat berikutan ia adalah lokasi utama untuk aktiviti perniagaan, budaya dan internet berkaitan pembuatan. – 27 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen