PENUNJUK perasaan memanggil kardinal George Pell yang tiba di mahkamah hari ini sebagai ular dan raksasa.
George berdepan hukuman 50 tahun penjara atas lima tuduhan serangan seksual dan tidak senonoh terhadap dua budak lelaki pada 1996 dan 1997.
Dia dijangka akan ditahan dalam tahanan selepas penyerahan pra-pengadilan mahkamah tetapi peguamnya merancang memohon ikat jamin pada hari sebelum hukuman dijatuhkan di mahkamah rayuan.
Orang ramai memenuhi ruang luar Mahkamah Victoria di Melbourne dan ada yang berteriak berkata lelaki berusia 77 tahun itu adalah hantu dan dari neraka.
“Anda syaitan. Anda jahat…anda pedofilia. Anda seorang penjenayah. Anda raksasa. Semoga kamu membusuk di neraka,” kata seorang penunjuk perasaan.
Jurucakap Vatican Alessandro Gisotti mengumumkan di Twitter bahawa George sudah dilucutkan jawatannya sebagai ketua kewangan Vatican yang merupakan kedudukan ketiga paling berkuasa di gereja.
Kardinal itu didapati bersalah pada Disember lalu apabila menyerang dua budak lelaki di Melbourne Saint Patrick’s Cathedral tetapi keputusan itu hanya didedahkan semalam selepas perbicaraan kedua terhadapnya diabaikan pendakwa raya.
Dia ditahan pada Disember namun perbicaraannya ditangguhkan berikutan perlu melakukan pembedahan di lutut.
George dijangka akan berdepan hukuman dalam masa dua minggu akan datang. – 27 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen