SERAMAI 19 rakyat Palestin ditahan tentera Israel di Tebing Barat, lapor agensi berita Anadolu, memetik badan bukan kerajaan (NGO) Palestin pada Selasa.
Persatuan Tahanan Palestin berkata dalam satu kenyataan seramai tujuh orang ditangkap di Bethlehem dan Hebron di selatan Tebing Barat.
Enam lagi termasuk dua kanak-kanak lelaki, ditahan di bandar Nablus dan Tubas.
Tentera Israel turut menahan enam penduduk Palestin semasa menyerbu bandar Abu Dis dan Ezariya berhampiran Baitulmaqdis.
Menurut tentera Israel, mereka yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengganas, namun enggan mengulas lanjut.
Dianggarkan lebih 6,000 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak kini ditahan di penjara Israel. – Bernama, 26 Februari, 2019
Komen