RATUSAN suspek anggota kumpulan militan IS dan anggota keluarga mereka meninggalkan kubu terakhir mereka di timur Syria menaiki 11 buah trak pada Selasa, kata wartawan AFP.
Barisan trak berkenaan dilihat menuju ke arah pusat pemeriksaan yang dikawal Pasukan Demokratik Syria (SDF) dari Baghouz, iaitu lokasi terakhir yang dikuasai IS.
Wanita dilihat keluar dari trak berkenaan untuk diperiksa oleh pejuang SDF di pos berkenaan.
Pada Isnin sahaja, sebanyak 46 buah trak meninggalkan kawasan yang dikuasai IS, membawa kira-kira 50,000 orang yang keluar daripada kumpulan berkenaan sejak Disember lalu.
Antara mereka adalah ribuan suspek militan yang cuba menyamar sebagai rang awam dalam cubaan terdesak mereka untuk menyelamatkan diri sebelum seranngan besar-besaran oleh SDF. – AFP, 26 Februari, 2019
Komen