Menteri Luar Iran letak jawatan


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Iran tidak akan memperoleh senjata nuklear selagi dia masih memegang jawatan itu. – Gambar EPA, 26 Februari, 2019.

BAGUSLAH, kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selepas Menteri Luar Iran Mohamad Javad Zarif mengumumkan peletakan jawatan menerusi laman Instagramnya pada Isnin lalu.

“Akhirnya Zarif tiada, baguslah,” kata Netanyahu berhubung tindakan perunding utama bagi perjanjian nuklear Iran pada 2015 itu.

“Selagi saya di sini Iran tidak akan memperoleh senjata nuklear,” tambahnya.

Iran menafikan sebarang rancangan untuk membangunkan keupayaan senjata atom dan berkata program nuklearnya hanya untuk tujuan damai.

Ia enggan menerima legitimasi negara Yahudi dan memberikan sokongan kepada kumpulan Militan Palestin serta Lubnan yang berperang melawan Israel.

Mohamad Javad Zarif meletakkan jawatan beberapa jam selepas Presiden Syria Bashar Al-Assad membuat lawatan mengejut ke Tehran.

Beliau berkhidmat sebagai menteri luar Iran sejak Ogos 2013 sering dikritik oleh penyokong tegar yang membantah dasar bagi mengurangkan ketegangan dengan negara barat.

Kedudukannya dalam kalangan ahli politik Iran terjejas apabila Amerika Syarikat mengundurkan diri daripada perjanjian nuklear pada Mei 2018. – AFP, 26 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen