AI ambil alih 40% sektor pekerjaan dalam masa 15 tahun, pemikir


Looi Sue-Chern

Sophia adalah robot yang paling canggih dan diaktifkan pada 14 Februari 2016 oleh Hanson Robotic Company. Kecerdasan buatan akan menggantikan manusia dalam banyak sektor pekerjaan akan datang. - Gambar EPA, 26 Februari, 2019.

DALAM masa 15 tahun, kecerdasan buatan (AI) akan mengambil alih 40% sektor pekerjaan hari ini, kata International Strategy Institute (ISI).

Pengerusinya Cheah Chyuan Yong berkata, bidang teknikal seperti perakaunan, profesion undang-undang dan kejuruteraan akan hilang apabila ia diambil alih oleh AI.

“Apabila ini berlaku kita akan berdepan masalah sosial dan ekonomi yang serius jika kita tidak bersedia,” katanya pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang anjuran ISI hari ini.

Dalam ucapan pembukaannya pada kemuncak sidang itu, Cheah menegaskan kadar pengangguran remaja 10.8% mungkin akan menjadi lebih teruk dengan kemajuan AI. 

Bagaimanapun Cheah berkata dia tidak dapat meramalkan kerjaya masa depan akan jadi seperti apa dan pekerja mungkin terlibat dalam meningkatkan teknologi AI.

Tambahnya, kerjaya dalam bidang kemanusiaan, sosiologi dan antropologi akan kekal.

“Berbahaya bila AI menjadi dominan dalam kehidupan seharian kita tanpa moral yang kuat.

“Kita masih ada kelebihan dalam sikap kemanusiaan yang akan mengawal selia perilaku AI,” katanya.

Katanya, pada masa ini golongan muda tidak cukup terlatih.

“Mereka perlu digalak dan disokong untuk mempelajari teknologi baharu dan kemanusiaan. Ini akan mengambil masa,” katanya.

Ketika sesi sidang kemuncak pagi tadi, Ketua Eksekutif Teknologi Maklumat dan Teknologi Operasi Flextronic Technology Lee See Nee berkata, beberapa pekerjaan diambil alih oleh teknologi AI. – 26 Februari, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen