Pakistan tolak dakwaan India serang penempatan militan 


Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi menyifatkan pelanggaran itu sebagai stau bentuk keganasan dan akan bertindak balas. – Gambar EPA, 26 Februari, 201

PAKISTAN menolak dakwaan India bahawa pihak negara berkenaan telah membunuh ramai anggota militan dalam serangan udara, yang disifatkan oleh Pakistan sebagai “bertindak sendiri, melulu dan rekaan”.

Pegawai kerajaan Pakistan berkata, pesawat pejuang India menceroboh ruang udaranya dan mengebom Balakot yang teretak di barat laut negara itu, namun tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan. 

Pada sidang media di Islamabad, Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi menyifatkan pelanggaran itu sebagai ” suatu bentuk keganasan yang mana Pakistan akan bertindak balas pada masa dan tempat pilihannya”. – AFP, 26 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen