Adib angguk ketika ditanya adakah dia dipukul, kata pembantu pegawai pembedahan


Timothy Achariam

Pembantu pegawai pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Mohamad Ashraff Baruji memberitahu Adib hanya boleh berkomunikasi dengan menulis di papan tulis dan bahasa isyarat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 26 Februari, 2019.

PEMBANTU pegawai pembedahan memberitahu mahkamah hari ini Muhamad Adib Mohd Kassim ada menyatakan dia ditarik dan mengangguk kepala ketika ditanya adakah dia dipukul semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman November tahun lepas.

Mohamad Ashraff Baruji yang merupakan pembantu pegawai pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, ketika di dalam wad ICU Adib menggerakkan bahu kirinya untuk mengatakan dia ditarik.

Menurutnya, interaksi itu berlaku di antara 10 dan 12 Disember ketika dia hendak menidurkan Adib.

Dia memberitahu mahkamah Adib hanya boleh berkomunikasi dengan menulis di papan tulis atau bahasa isyarat kerana ada tiub di mulutnya dan tidak dapat bercakap.

“Malam itu saya sedang siapkan Adib untuk tidur selepas sesi fisioterapi.

“Ia berlaku ketika saya minta Adib mengingat apa yang terjadi,” katanya.

Katanya, dia bertanya kepada Adib adakah mengingat apa yang berlaku dan Adib hanya menggelengkan kepala. 

“Saya kata tidak apa dan menyuruhnya beritahu apabila dia sudah bersedia.

“Bila saya hendak pergi, Adib tarik baju saya dan beri isyarat untuk dapatkan papan putih,” katanya.

Kemudiannya dia bertanya adakah Adib ditarik.

“Dia cuma membalas dengan menaikkan tangan kiri ke bahu kirinya dan membuat gerakan menarik.

“Saya tanya adakah dia jatuh dan dia geleng kepala dan lambai tangan kirinya,” katanya.  – 26 Februari, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen