PUTRAJAYA perlu menambah baik dari segi dasar dan pendidikan bagi menggalakkan penyertaan politik lebih besar dalam kalangan wanita, kata pakar wanita dan kesamarataan jantina.
Walaupun ramai yang memuji pengumuman kerajaan menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di parlimen sebagai langkah baik, mereka juga mengatakan halangan lain untuk wanita yang memulakan kerjaya politik perlu ditangani.
Pusat penjagaan kanak-kanak yang dijangka bakal memulakan operasi tahun ini mendapat pujian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang menganggap ia struktur penting untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam politik dan tenaga kerja.
Pakar mengatakan langkah itu menandakan ia peringkat awal dalam usaha mendorong penglibatan wanita dalam politik.
Julia Richardson dari Sekolah Pengurusan Australia Barat Universiti Curtin berkata, penubuhan pusat penjagaan anak-anak merupakan permulaan panjang dalam memacu penglibatan wanita dalam politik.
Menurutnya, perhatian lebih perlu diberikan terhadap gambaran lebih besar terutamanya apabila bidang ini masih lagi dilihat sebagai kerjaya yang dikuasai golongan lelaki.
“Ada banyak sebab kenapa wanita tidak boleh terlibat dalam politik,” katanya. – 26 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen