Pompeo ikrar capai kemajuan dalam usaha basmi senjata nuklear Korea Utara


SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berikrar untuk mencapai kemajuan dalam usaha membasmi senjata nuklear Korea Utara semasa beliau dalam perjalanan ke Vietnam bagi menghadiri sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

“Menuju ke Asia untuk Presiden @realDonaldTrump #SidangkemuncakHanoi dengan Korea Utara,” kata Pompeo menerusi akaun Twitter.

“Saya akan meneruskan usaha untuk mencapai kemajuan ke arah pembasmian senjata nuklear dan melanjutkan hubungan,” katanya.

Pompeo menaiki pesawat rasminya sendiri, berasingan daripada Air Force One.

Trump juga sedang menuju ke Hanoi dan dijangka tiba pada sebelah petang. – Bernama, 26 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen