Bicara kes tukang emas Lubnan saman Rosmah ditangguh Mei


Bede Hong

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan bicara kes Rosmah Mansor dan syarikat emas Lubnan pada Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Februari, 2019.

PERBICARAAN bagi ke saman difailkan tukang emas Lubnan Salmeh Halimeh terhadap Rosmah Mansor kerana tidak membayar barangan kemas yang diambil bernilai AS$14.79 juta (RM60.2 juta), ditangguhkan pada Mei.

Ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kira-kira 12,000 unit barang yang dirampas dalam beberapa serbuan ke premis dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Wong Chee Lin menukar tarikh bicara yang ditetapkan sebelum ini pada 4 dan 5 Mac dan pengurusan kes pada 24 Mei kepada tarikh baharu, selepas prosiding di dalam kamarnya dengan peguam yang mewakili polis, Salmeh dan Rosmah hari ini.

Permohonan penangguhan yang difailkan oleh Rosmah ditolak.

Wong membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh peguam kanan persekutuan S. Narkunavathy bahawa polis berkata mereka akan melengkapkan siasatan pada Mei.

Polis merampas lebih 12,000 unit barangan kemas sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd.

Rampasan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membenarkan polis menahan barangan rampasan selama setahun.

Ketua Jabatan Siasatan Khas Foo Wei Min yang hadir di mahkamah hari ini, tidak memberi keterangan. Beliau juga tidak memberi kenyataan kepada media.

Dalam satu afidavit tahun lalu, Foo berkata jika tiada pendakwaan atau sabitan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh rampasan, pendakwa raya boleh memohon kepada mahkamah untuk melucutkan hak terhadap barangan itu. – 26 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen