Pakatan bimbang kerjasama PAS-Umno, kata Nasrudin


Noel Achariam

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata Pakatan Harapan bimbang dengan kerjasama parti Islam itu dengan Umno kerana berkemungkinan besar akan menjejaskan peluangnya pada PRU15. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 Februari, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) semakin bimbang dengan kerjasama antara PAS dan Umno kerana ia akan menyingkirkannya dari Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, kata Nasrudin Hassan Tantawi.

Kerjasama antara kedua-dua parti menjadikan PH cemburu dan memaksanya menyerang parti Islam itu, kata ketua penerangan PAS pada ceramah sempena pilihan raya kecil (PRK) Semenyih malam tadi.

“Walaupun PRK Semenyih adalah antara Bersatu dan Umno tetapi PH terus menghentam PAS kerana menyokong Umno.

“Mereka telah melihat maklum balas dan sokongan yang kita terima yang mungkin menyebabkan mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya di Kampung Gurun, Semenyih.

PAS menyokong Umno kerana kedua-duanya mahu melindungi Islam, katanya.

“PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa yang meletakkan Islam terlebih dahulu. Umno telah menunjukkan ia bersedia untuk bekerjasama kerana kami mempunyai niat yang sama.

“Kami banyak bergaduh sebelum ini, tetapi jika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad boleh menerima Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengapa tidak.

“Yang paling penting adalah hala tuju PAS dan Umno serta kerjasama kami.”

Nasrudin meramalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Semenyih, seperti PRK Cameron Highlands.

“Kita banyak PRK sebelum ini, tetapi kita mencapai kemenangan di Cameron dengan kerjasama kami.

“Kami akan melakukan perkara yang sama di sini.”

PH mencalonkan Muhammad Aiman ​​Zainali daripada Bersatu untuk menentang Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon bebas Kuan Chee Heng.

PRK akan berlangsung pada Sabtu ini. – 26 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen