PENYANYI R Kelly masih ditahan atas pertuduhan salah laku seksual pada Ahad, kata peguamnnya, kerana ikat jamin masih belum dibayar.
Seorang hakim Chicago menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta Sabtu lalu- 10% perlu dibayar sebagai pendahuluan, iaitu sebanyak AS$100,000.
Tetapi media tempatan melaporkan yang Kelly gagal berbuat demikian menyebabkannya masih ditahan.
“Betul,” kata Steve Greenberg, peguam kepada penyanyi itu kepada AFP. Kelly sudah menghabiskan dua malam di pusat tahanan.
Greenberg pada Sabtu, menjelaskan yang anak guamnnya tidaklah kaya seperti dianggap ramai orang.
“Ini adalah seseorang yang pernah kaya ketika puncak kerjayanya, tetapi kerana salah urus, kontrak teruk, urus niaga teruk dan pajakan teruk seperti dipegangnya untuk studionya, dia sekarang sebenarnya tak ada duit,” kata Greenberg.
R Kelly dipenjara pada Jumaat atas pertuduhan salah laku seksual melibatkan empat mangsa, tiga daripadanya adalah bawah umur antara 1998 hingga 2010. – AFP, 25 Februari, 2019.
Komen