Suspek perampas pesawat Bangladesh mati ditembak komando


Kesemuya 148 penumpang dan krew dalam penerbangan BG147 pesawat Biman itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Gambar YouTube, 24 Februari, 2019.

SUSPEK perampas sebuah pesawat Bangladesh disahkan mati akibat kecederaan ditembak pasukan komando negara itu yang melakukan serbuan ke atas pesawat itu.

Suspek yang berusia 25 tahun merupakan lelaki Bangladesh ditembak selepas pasukan khas itu menyerbu masuk pesawat berkenaan sebaik sahaja ia mendarat di Chittagong

Kesemuya 148 penumpang dan krew dalam penerbangan BG147 pesawat Biman itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun suspek cedera akibat ditembak dan meninggal dunia selepas ditangkap, kata jurucakap tentera Mejar Jeneral Motiur Rahman.

“Suspek merupakan rakyat Bangladesh dan memiliki pistol,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut suspek mendakwa mempunyai bom dan mengancam untuk merampas pesawat yang dalam penerbangan dari Dhaka ke Dubai itu.

Pihak berkuasa Bangladesh juga suspek bertindak demikian kerana mengalami masalah mental.

Satu siasatan akan dijalankan untuk menyiasat sama ada kecuaian berlaku pada pemeriksaan keselamatan selepas suspek membawa pistol dalam pesawat itu. – AFP, 24 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen