Cubaan rampas pesawat Bangladesh gagal, 150 penumpang selamat


Pesawat Biman dengan kod penerbangan BG147 itu berlepas dari Dhaka menuju ke Dubai. – Gambar Wikipedia, 24 Februari, 2019.

SEMUA penumpang sebuah pesawat menuju ke Dubai dari Bangladesh disahkan selamat selepas seorang lelaki dipercayai cuba merampas pesawat itu.

“Semua 150 penumpang selamat,” kata ketua jabatan penerbangan awam Bangladesh Nayeem Hasan kepada AFP.

Pesawat Biman dengan kod penerbangan BG147 itu berlepas dari Dhaka menuju ke Dubai.

Bagaimanapun Nayeem berkata niat sebenar lelaki tersebut tidak dapat dipastikan.

“Kita merasakan suspek mempunyai masalah psikologi.

“Dia mendakwa mempunyai bom tetapi kita tidak pasti,” kata Nayeem selepas pewata itu selamat mendarat di lapangan terbang Chittagong di tenggara Bangladesh.

Nayeem berkata suspek juga mendakwa mempunyai pistol dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Tentera darat, laut dan pasukan khas dikerah mengawal pesawat itu sebaik sahaja ia mendarat. – AFP, 24 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen