'Mereka tembak kami,' kata penunjuk perasaan di Venezuela


Sempadan Colombia berdepan dengan kekacauan bermula pada Sabtu ketika apabila pihak berkuasa Venezuela bergelut dengan tugas menghentikan penduduknya daripada meninggalkan negara itu. – Gambar AFP, 24 Februari, 2019.

EDINSON Cisneros mengeluh dan lelah ketika beliau mula bercakap, beliau adalah salah seorang penunjuk perasaan yang ditembak dengan bom getah yang dilepaskan pasukan keselamatan Venezuela bagi meleraikan himpunan menuntut kemasukan bantuan kecemasan dari Colombia.

Sempadan Colombia berdepan dengan kekacauan bermula pada Sabtu ketika apabila pihak berkuasa Venezuela bergelut dengan tugas berkembar: menjaga penduduk Venezuela daripada meninggalkan negara itu bagi mendapatkan bantuan dari Colombia, dan menghentikan orang ramai menyeberangi sempadan dengan pek-pek bantuan.

Cisneros, 24, berada dalam himpunan besar yang cuba menyeberang jambatan sempadan Francisco de Paula Santander, kawasan persimpangan yang menghubungkan Urena, Venezuela dengan Cucuta, Colombia.

“Mereka menembak gas pemedih mata terhadap kami,” kata Cisneros, 24, ketika dirawat akibat luka di Urena.

Dengan tiub di hidung, dan duduk di atas katil, Cisneros menunjukkan bahagian badan beliau yang dipukul: luka terbuka di perutnya, dan luka akibat peluru pelet di dada, lengan dan kakinya.

“Orang ramai tidak tahan lagi dan kami kehilangan tenaga, dan ketika kami cuba mencari nafas” tentera pengawal kebangsaan Venezuela “datang dan menembak kami,” katanya.

Cisneros nyaris pengsan selepas beliau terkena tembakan, namun sempat diselamatkan oleh penunjuk perasaan lain yang kemudian membawa beliau ke pusat perubatan berhampiran. – AFP, 24 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen