Usaha sabotaj peluru berpandu gagal, kata Iran


Iran menghentikan program nuklear di bawah perjanjian pada 2015 dengan negara-negara besar untuk mengelakkan sekatan, tetapi terus membangunkan teknolologi peluru berpandu balistik. – Gambar EPA, 24 Februari, 2019.

PENGAWAL Revolusi Iran menuduh musuh Teheran cuba mensabotaj peluru berpandu negara itu tetapi usaha untuk berbuat demikian gagal.

“Mereka (musuh) cuba mensabotaj peluru berpandu Iran agar meletup di udara dan tidak mencapai sasaran,” lapor agensi berita Fars memetik kenyataan komander aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran Amir Ali Hajizadeh.

“Namun mereka gagal berbuat demikian kerana kita sudah mengesannya dari awal dan mengekangnya,” katanya sambil menuduh musuh Iran yang tidak dinamakan itu.

Iran menghentikan program nuklear di bawah perjanjian pada 2015 dengan negara-negara besar untuk mengelakkan sekatan, tetapi terus membangunkan teknolologi peluru berpandu balistik.

Awal bulan ini New York Times melaporkan Amerika Syarikat melancarkan program rahsia untuk mensabotaj roket dan peluru berpandu Iran.

Difahamkan Washington cuba menghantar komponen palsu dan mudah rosak kepada agensi aeroangkasa Iran bagi mensabotaj senjata republik itu. – AFP, 24 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen