POLIS Israel menahan seorang pemimpin Islam tertinggi Palestin di Baitulmaqdis selepas kekacauan tercetus di kawasan suci itu sejak beberapa hari lalu.
Penahanan itu mengundang kecaman dari Jordan yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis.
Jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld berkata Abdel Azeem Salhab ditahan kerana melanggar arahan untuk memasuki kawasan larangan di Baitulmaqdis.
Salhab merupakan ketua majlis wakaf di Baitulmaqdis yang mengetuai pihak berkuasa agama di kawasan tersebut.
Agensi berita Palestin WAFA melaporkan timbalannya, Najih Bakira turut ditahan tetapi polis Israel belum mengesahkannya.
Penahanan itu dibuat susulan tindakan sama dilakukan ke atas 60 rakyat Palestin yang lain selepas timbul kekacauan di Baitulmaqdis selepas solat Jumaat baru-baru ini.
Beberapa tahanan dibebaskan dengan arahan tidak boleh lagi mengunjungi kawasan itu. – AFP, 24 Februari, 2019.
Komen