POLIS Sri Lanka merampas hampir 300 kilogram heroin bernilai AS$17 juta, rampasan narkotik terbesar pulau itu, dan menahan dua orang, kata jurucakap Ruwan Gunasekera pada hari Ahad.
Agen anti-narkotik dan komando Pasukan Petugas Khas Polis menyerbu tempat letak kereta di ibu kota Colombo pada Sabtu malam dan mendapati dadah tersembunyi di dua buah van, kata Gunasekera.
“Heroin itu dibungkus dalam 272 beg plastik dan bersedia untuk diedarkan.
“Kami kini sedang menyiasat bagaimana bekalan dadah ini masuk ke negara ini,” kata Gunasekera.
Beliau berkata rampasan narkotik terbaru itu memiliki berat berjumlah 294.4 kilogram dan mempunyai nilai kira-kira AS$17 juta.
Pada tahun 2013, polis merampas 260 kilogram heroin yang dibawa ke dalam negara itu yang disembunyikan di dalam sebuah traktor yang diimport dari Pakistan.
Ia adalah rampasan dadah jenis itu yang terbesar mengikut berat di Sri Lanka, pada Disember 2016, polis Sri Lanka tlah berjaya merampas 800 kilogram kokain.
Pihak berkuasa percaya pulau Lautan Hindi itu juga digunakan sebagai kawasan transit oleh pengedar dadah. – AFP, 24 Februari, 2019.
Komen