Kim Jong-un bertolak ke Vietnam naik kereta api berperisai


PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong-un memulakan perjalanan menggunakan kereta api ke Vietnam hari ini untuk persidangan kedua beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump minggu depan.

Mencontohi mendiang ayah dan datuknya yang melakukan perjalanan dengan keretapi api ketika menjadi pemimpin, Kim turut berbuat demikian bermula dari Pyongyang semalam.

Memetk sumber diplomatik Korea Utara berkata, Jong Un bertolak dari ibu negara Korea Utara, Pyongyang menggunakan kereta api berperisai pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

“Jong Un akan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam dalam tempoh beberapa hari lagi atas jemputan Presiden dan Setiausaha Agung Parti Komunis negara itu, Nguyen Phu Trong,” menurut Kementerian Luar Vietnam.

 

Persidangan Trump dan Jong Un dijadualkan pada 27 dan 28 Februari depan. – AFP, 24 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen