Lawatan sebelum bersalin,Harry dan Meghan ke Maghribi


Putera Harry dan isterinya Meghan ketika tiba di Casablanca, Maghribi malam tadi. Perjalanan mereka yang dianjurkan atas permintaan Queen Elizabeth II membimbangkan beberapa media British. - Gambar EPA, 24 Februari, 2019.

PUTERA Harry dan isterinya Meghan tiba di Maghribi malam tadi sempena lawatan rasmi terakhir mereka ke luar negara sebelum kelahiran anak pertama pada musim bunga.

Pasangan diraja itu disambut dengan penuh adat istiadat tradisional Maghribi selepas mereka mendarat di Casablanca.

Peruntukan perubatan dibuat untuk bekas pelakon yang kini hamil melawat sebuah kampung di Pergunungan Atlas pagi ini, menurut sumber rasmi.

Lawatan pasangan itu ke Afrika Utara akan memberi tumpuan kepada kerja mempromosikan pendidikan wanita, kuasa wanita dan kemasukan orang kurang upaya.

“Kedua-dua pasangan diraja itu sangat suka bersama rakyat,” kata Duta Besar British, Thomas Reilly dalam wawancara dengan rancangan televisyen 2M.

Lawatan itu dianjurkan atas permintaan Queen Elizabteh II sehingga mendatangkan kebimbangan beberapa media Britsih seperti tabloid Daily Mirror yang menggambarkan Maghribi sebagai zon bahaya.

Sebelum kedatangan Harry dan Meghan, sumber diplomatik tempatan menegaskan Maghribi tiang kestabilan di utara Afrika.

Pasangan itu akan ditempatkan di kediaman diraja selama penginapan mereka dan bakal bertemu anggota keluarga diraja di Rabat petang esok sebelum berlepas pulang pada Selasa. – 24 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen