Dua sami dihukum atas tuduhan bunuh paderi


Pegawai polis berdiri tegak di mahkamah di Kaherah, Mesir pada 28 Julai tahun lalu. – Gambar Reuters, 23 Februari, 2019.

MAHKAMAH Mesir menjatuhkan hukuman terhadap dua sami atas kesalahan membunuh seorang paderi, kata sumber kehakiman dalam kes yang mengejutkan komuniti Kristian terbesar di Timur Tengah.

Coptic Bishop Epiphanius ditemui maut dengan kesan luka di kepala pada Julai tahun lalu di Saint Macarius barat laut Kaherah.

Pendakwaraya berkata, seorang daripada sami mengaku memukul dengan bar logam sementara seorang lagi sami menjaga kawasan.

Salah seorang daripada mereka akhirnya dilucutkan jawatan.

Hukuman terhadap kedua-dua rahib ini dirujuk kepada Grand Mufti Mesir.

Kedua-dua sami itu boleh membuat rayuan setelah mufti memberikan pendapat dan keputusan dikeluarkan secara rasmi pada 24 April.

Berikutan pembunuhan uskup itu, Gereja Coptic Mesir meletakkan moratorium selama setahun untuk menerima rahib baharu.

Ia juga mengharamkan sami dari media sosial, mengetatkan kawalan kewangan dan memusatkan perhatian pada kehidupan rohani.

Kristian Koptik membentuk kira-kira 10 peratus daripada kawasan yang didominasi hampir 100 juta penduduk Islam di situ.

Gurun yang luas di negara itu adalah rumah kepada beberapa biara Kristian kuno.  – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen