Pemimpin gereja akui fail paderi pedofilia 'dihapus'


Gereja Roman Katolik berdepan krisis dan skandal pedofilia di kalangan paderi-paderinya di seluruh dunia. – Gambar EPA, 23 Februari, 2019.

SEORANG pemimpin tertinggi gereja Katolik mengakui pada hari Sabtu bahawa fail-fail mengenai paderi yang menyerang kanak-kanak secara seksual dimusnahkan atau tidak pernah dibuat, sebagai satu langkah yang membolehkan pedofilia menyerang orang lain.

“Fail yang mendokumenkan perbuatan buruk dan menamakan mereka yang bertanggungjawab telah dimusnahkan, atau tidak diwujudkan,” kata Kardinal Jerman Reinhard Marx dalam ucapannya pada sidang kemuncak Vatican yang membincangkan mengenai usaha menangani pedofilia di kalangan pemimpin gereja.

“Sebaliknya, para mangsa dikawal dan diarahkan berdiam diri.

“Prosedur dan proses yang ditetapkan untuk pendakwaan kesalahan itu sengaja tidak dipatuhi, tetapi sebaliknya dibatalkan atau dihapuskan,” katanya.

Marx bercakap pada hari ketiga mesyuarat yang sebelum ini tidak pernah terjadi di kalangan para paderi terkemuka dunia yang dipanggil oleh Pope Francis dalam usaha mengatasi krisis memalukan dalam institusi Gereja Roman Katolik selama beberapa dekad.

Skandal tersebut berterusan dan semakin meningkat sehingga menjadi krisis yang menyaksikan penglibatan gereja-gereja di seluruh dunia, dengan kes baru-baru ini di Chile, Jerman dan Amerika Syarikat.

Siasatan mendedahkan bahawa dalam banyak kes, paderi yang dituduh menyerang kanak-kanak bawah umur telah dipindahkan ke gereja lain sementara paderi lain membutakan mata mereka bagi untuk melindungi reputasi Gereja. – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen