Nasa benarkan ujian kapsul angkasa SpaceX ke ISS


SpaceX yang diasaskan oleh Elon Musk kini berpeluang untuk mempertingkatkan operasinya dalam arena perkapalan angkasa. – Gambar AFP, 23 Februari, 2019.

NASA pada hari Jumaat membenarkan SpaceX menguji kapsul angkasa baharunya dengan melancarkan kapsul tersebut tanpa manusia dengan menggantikannya dengan patung ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Kami benarkan ia untuk dilancarkan, kami juga benarkan mereka untuk kendalikannya,” kata William Gerstenmaier, pentadbir bersekutu dengan Nasa.

Roket Falcon 9 milik SpaceX yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dijadualkan akan berlepas, jika cuaca membenarkan, pada tarikh 2 Mac bagi mengambil kapsul ujian Dragon Crew ke ISS.

Nasa menandatangani kontrak pada 2014 dengan SpaceX dan Boeing bagi menghantar pesawat angkasawan AS ke ISS.

Ia akan merupakan kali pertama agensi ruang angkasa AS membenarkan sebuah syarikat sektor swasta mengangkut angkasawan mereka.

Nasa menamatkan program ulang-aliknya pada tahun 2011 dan sejak itu telah bergantung dengan pembelian bahagian dalam misi roket Rusia Soyuz bagi menghantar angkasawan Amerika ke ISS.

“Ini adalah langkah pertama yang kritikal kami lakukan ketika bagi mengembalikan keupayaan pelancaran krew AS semula ke angkasa lepas,” kata Gerstenmaier yang bercakap pada sidang akhbar di Cape Canaveral, Florida. – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen