Rakyat Nigeria mengundi selepas seminggu pilihan raya ditangguh


Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Kebangsaan (INEC) pada Sabtu lepas mengumumkan penangguhan selama seminggu, hanya beberapa jam sebelum pilihah raya diadakan. – Gambar AFP, 23 Februari, 2019.

RAKYAT Nigeria akan mengundi pada pilihan raya presiden hari ini, selepas seminggu ditangguhkan.

Sebanyak 12,000 pusat mengundi akan dibuka pada 0700 GMT pagi waktu tempatan. Keputusan dijangka diperoleh pada awal minggu depan. 

Pilihan raya akan menyaksikan 73 pencalonan, yang turut disertai Presiden Muhammadu Buhari, 76 dan bekas presiden Atiku Abubakar, 72.

Pengundi juga akan memilih 360 ahli parlimen dan 109 senator daripada 6,500 calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Kebangsaan (INEC) pada Sabtu lepas mengumumkan penangguhan selama seminggu, hanya beberapa jam sebelum pilihah raya diadakan.

Ini menimbulkan kemarahan pengundi dan parti-parti yang bertanding saling berbalas tuduhan ada yang bersekongkol dengan INEC. – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen