AS kutuk tentera Venezuela tembak orang awam


Tentera Brazil bersama bantuan kemanusiaan di sempadan egara itu dengan Venezeula. – Gambar AFP, 23 Februari, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) mengutuk tindakan tentera Venezuela yang menembak mati dua orang asli yang terlibat dengan kumpulan yang cuba memastikan sempadan negara itu dengan Brazil dibuka kepada bantuan kemanusiaan.

“AS mengutuk tindakan keras tentera Venezuela terhadap orang awam tidak bersenjata dan sukarelawan yang tidak bersalah di sempadan Venezuela dengan Brazil,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada Jumaat.

“Presiden sementara Juan Guaido telah memohon bantuan kemanusiaan untuk rakyat negaranya dengan segera dari masyarakat antarabangsa, sementara Maduro memerintahkan sempadan ditutup dan menindas mereka yang cuba membawa bantuan masuk ke dalam negara.

Tentera Venezuela harus membenarkan bantuan kemanusiaan masuk dengan aman. Dunia sedang memerhati.”

Bantuan kemanusiaan menjadi fokus dalam perubatan kuasa antara Maduro dan Guaido yang diiktiraf sebagai pemangku presiden Venezuela oleh lebih 50 negara.

Pemimpin Dewan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela berusia 35 tahun itu pada bulan lepas mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara dan menggesa pilihan raya baharu dijalankan. Beliau menggelar Maduor sebagai perampas dan menipu dalam pilihan raya pada Mei tahun lalu. – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen