Ketua pembangkang Venezuela ingkar larangan perjalanan 


Juan Guaido mendakwa pihak tentera membantunya melawan larangan perjalanan yang dikenakan terhadapnya. – Gambar EPA, 23 Februari, 2019.

KETUA pembangkang Venezuela, Juan Guaido mengingkari larangan perjalanan yang dikenakan kerajaan Presiden Nicolas Maduro, mendakwa beliau dibantu oleh pihak tentera, 

Beliau menyertai ribuan orang di sempadan Colombia di sebuah konsert amal untuk mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan, pada Jumaat.

Maduro kini sedang cuba menghalang bantuan makanan dan bekalan ubatan, terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) masuk ke Venezuela.

Bantuan kemanusiaan menjadi fokus dalam perubatan kuasa antara Maduro dan Guaido yang diiktiraf sebagai pemangku presiden Venezuela oleh lebih 50 negara.

Guaido secara tiba-tiba muncul di konsert yang diadakan di bandar Cucuta disempadan Colombia, mendakwa pihak tentera membantunya mengingkari larangan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.

Sokongan tentera ini menambahkan lagi pengaruh Guaido.

Pemimpin Dewan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela berusia 35 tahun itu pada bulan lepas mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara dan menggesa pilihan raya baharu dijalankan. Beliau menggelar Maduor sebagai perampas dan menipu dalam pilihan raya pada Mei tahun lalu. – AFP, 23 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen