BEKAS ketua pegawai eksekutif Enron Jeffrey Skilling dibebaskan dari penjara selepas 12 tahun dikurung kerana peranannya dalam skim penipuan yang menyebabkan gergasi tenaga AS itu muflis.
Skilling, 65, baharu dibebaskan dari sebuah penjara di Houstan, Texas, menurut laman web Jabatan Penjara AS.
Akhbar Houston Chronicle melaporkan yang Skilling dibebaskan pada Khamis selepas menjalani hukuman penjara 12 tahun berbanding hukuman 24 tahun diterimanya. Ia dikurangkan melalui rayuan.
Skilling yang dianggap genius niaga berpendidikan Harvard, pernah berdiri di puncak korporat Amerika dan menghiasi muka surat majalah niaga dunia.
Berasal dari Pittsburgh, Pennsylvania, dan bapa kepada tiga anak itu berpindak ke Enron pada awal 1990an selepas berkhidmat sebagai perunding di McKinsey and Co.
Beliau mendaki tangga korporat dan menjadi CEO Enron untuk enam bulan sebelum berhenti pada Ogos 2001 kerana “sebab peribadi”, empat bulan sebelum gergasi tenaga berpangkalan di Houston itu runtuh.
Ribuan pekerja hilang pekerjaan dan simpanan mereka selepas Enron muflis,
ia adalah muflis korprat terburuk dalam sejarah AS, dengan lebih 40 bilion hutang.
Skilling disabitkan bersalah pada Mei 2006 dengan 19 pertuduhan subahat, penipuan dan perdagangan dalaman dan diarahkan mencairkan 45 juta asetnya, termasuk rumahnya.
Salah seorang anak Skilling, anak lelaki berusia 20-an meninggal pada 2011.
Pengasas Enron Kenneth Lay disabitkan bersalah kerana menipu tetapi meninggal sebelum menjalani hukuman. Sabitan itu dibatalkan kerana dia tidak boleh lagi membuat rayuan. – AFP, 23 Februari, 2019.
Komen