SETIAUSAHA Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat menggesa pihak berkuasa Venezuela tidak menggunakan kekerasan melampau ke atas penunjuk perasaan, selepas tentera menembak mati dua Orang Asli yang cuba melintasi sempadan masuk ke Brazil.
“PBB akan terus bertindak selaras dengan prinsip kemanusiaan, berkecuali, tidak berpihak dan bebas, bekerja dengan institusi Venezuela, untuk membantu rakyat yang memerlukan,” tambah Guterres dalam kenyataan selepas pertemuan dengan Menteri Luar Venezuela Jorge Arreaza.
Sepasang suami isteri Orang Asli terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 Orang Asli Pemon cedera selepas mereka bertempur dengan polis di sempadan, kata kumpulan hak asasi Kape Kape.
Pertempuran itu berlaku di Bolivar yang bersempadan dengan Brazil, yang diarahkan tutup oleh Presiden Nicolas Maduro pada Selasa. – AFP, 23 Februari, 2019.
Komen