Penerbangan tertunda, juruterbang gagal ujian alkohol 


Syarikat penerbangan All Nippon Airways terpaksa menunda penerbangan domestik awal minggu ini berikutan insiden itu.– Gambar EPA, 22 Februari, 2019

SYARIKAT penerbangan All Nippon Airways pada Jumaat berkata, ia terpaksa menunda penerbangan domestik awal minggu ini berikutan pembantu juruterbangnya gagal dalam ujian alkohol walaupun terdapat peraturan baharu di negara itu. 

Kes berkenaan sama selepas Jepun memperkenalkan peraturan baharu yang menghalang pengambilan alkohol oleh juruterbang, selepas beberapa insiden berlaku melibatkan kru penerbangan yang minum minuman keras. 

Pada Selasa, pembantu juruterbang ANA dijadualkan untuk menerbangkan pesawat Boeing 777 yang membawa 322 penumpang dari Kobe di barat Jepun ke lapangan terbang Haneda di Tokyo. 

Namun pembantu juruterbang terbabit gagal dalam ujian alkohol selepas meminum satu tin bir dan setengah tin minuman beralkohol di bilik hotelnya kira-kira enam jam sebelum penerbangan.

Penerbangan itu ditunda lebih sejam sehingga juruterbang pengganti mengambil alih tugas itu. – AFP, 22 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen